PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DAN SELAMAT BERCUTI

by - June 06, 2015

Pada 27, 28 dan 29 Mei lepas, Sekolah Kebangsaan Londah telah mengadakan satu Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di sekolah.

  Perkhemahan ini disertai oleh murid-murid tahun 4,5 dan 6. Dalam masa yang sama program perkhemahan ini telah diselaraskan dengan Program Kem Bestari Solat yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam.

  Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Kawad Kaki, Memasang Khemah, Jalan Malam, Aktiviti Lasak dan Malam Kilauan Bintang.

 Di akhir perkhemahan, segala objektif yang dirancang terapai dan murid telahpun mempelajari sesuatu disamping berseronok menjalankan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan.

  Admin berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti penghasilan murid sepanjang aktiviti perkhemahan ini.

Ok, di sini admin nak belanja beberapa gambar di sepanjang aktiviti selama 3 hari ini dan admin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SEMOGA SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.







































































































































































You May Also Like

0 comments